Blogger Layouts

Oct 24, 2011

alamak~~ tebongkar suda....=)

hemm....terasa mcm ingin share sbb sharing is caring...


Parti Kehancuran Rakyat= PKr telah mmbuat pembohongan kpd rakyat ny di selangor..

aku ni membayangkan betapa bahagia nya tinggal d negeri selangor selepas perubahan pucuk pimpinan BN kpd PKR...tup tup..jauh panggang dari api huh!...baru-baru ni aku berkesempatan chit chat ngn satu member bdk selangor... cerita punya cerita rupany smua rkyat d selangor tertipu yang kononya PKR selangor berjanji mengurangkan cukai pintu 20% tetapi malangnya setelah mereka berkuasa di selangor, menteri besar mereka dgn penuh bangga DAN tanpa rasa bersalah tidak mengizinkan janji tersebut ditunaikan...kuang kuang kuang...kasian deh lo !!! malah PBT di Ulu Yam, Cheras dan Serdang telah menaikkan cukai pintu kpda rakyat nya....PADAN MUKA!! NEEE.. TU LA PCAYA SNGAT DGN JANJI KOSONG pkr KONON2 MAU KURANGKAN CUKAI TP KENAIKAN YG DI UMUMKAN...KUI KUI KUI....

BERSAMA SAYA DLM EPISOD BONGKAR DAN TERUS BONGKAR DI LAIN HARI...

Oct 22, 2011

saya sayang MALAYSIA...


saya cinta kamu...billahi ku maka'a...nan unai kathellikiran....suma nya satu makna saya cinta awak...saya suka negara sya yg aman dan berbilang kaum..

tapi aku sedih bila ada pihak yg tidak bertanggungjawab cuba membuat onar dan mahu Sabah keluar dari persekutuan...bagi saya semua tu tidak patut dan tidak akan berlaku setelah 54 tahun Malaysia Merdeka...

marilah kita bersama-sama menjaga keamanan negara kita...

SAYANG MALAYSIA...

SINCERELY,
AURORA BIRU~

Oct 21, 2011

Restoran 1 Malaysia Best !!!~~~



1st of all Tahniah buat kerajaan BN....~~~

Restoran 1 Malaysia yg diperkenalkan adalah sesuatu yang dinanti-nanti kn oleh semua lapisan masyarakat yang berbilang kaum...alangkah baik ny jika di negeri sabah di segerakan kewujudan Restoran 1 malaysia ni...

emm x sabar mau rasa & bayar mkna brekfast n lunch RM 5 ke bawah..

ni adalah salah satu lg usaha kerajaan BN utk membantu golongan berpendapatan rendah dan sekaligus mampu memberi penjimatan yang berganda... =)

PAS semakin keliru????


beberapa bulan lalu orang-orang PAS sibuk menyertai BERSHIT yg dianjurkan oleh Ambiga seorang penganut hindu yang menyokong kes MURTAD. MURTAD = berpaling atau keluar daripada agama islam

Tetapi yang menghairankan kenapa HIMPUN yang bertujuan untuk menyelamatakan Aqidah umat islam tidak mendapat sokongan PAS??? sedangkan HIMPUN ni di anjurkan oleh Himpunan Pertubuhan-Pertubuhan Islam (HIMPUN)...emmm lu pkir la sndiri..

berikut adalah tujuan HIMPUN dibuat::~

Apa objektif yang mahu kita capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?
•Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
•Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
•Memberitahu kepada rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
•Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
•Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
•Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Himpunan Sejuta Umat ini akan dikendalikan mengikut lunas-lunas dan prinsip himpunan seperti berikut :
•Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
•Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
•Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
•Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
•Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.

Sumber: himpun.org
Sila hebahkan kepada semua mengenai perkara ini. Untuk menyahut seruan ini aku akan menghadiri Himpunan Sejuta Umat dengan mengikuti salah satu badan NGO. Insya Allah. Jom kita sertai beramai-ramai.

Oct 12, 2011

bajet = senyum tak perlu kata apa-apa....

Bajet 2012 = bajet untuk rakyat terbaik punyaaaaa!!!!
Isu Bajet 2012 masih lagi hangat diperdebatkan macam pisang goreng panas. Tidak kira di mana jua lokasi, di kedai kopi, kantin opis, shoping kompleks, dalam bas, tren dan sebagainya memang tak sah kalau tak bercerita pasal bajet ni. Belanjawan 2012 sememangnya amat ditunggu selepas beberapa spekulasi yang menyatakan adanya Kenaikan Gaji Kakitangan Awam atau Bonus Kakitangan Awam 2012. Selepas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak semua pihak berpuas hati terhadap semua yang di terima oleh rakyat lebih-lebih lagi memberi manfaat yang merangkumi semua peringkat umur..... Antara isi kandungan bajet 2012 dalam pembentangan belanjawan 2012 (07 Oktober 2011) Jumlah bajet - RM232.8 bilion Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion - Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion. - Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan. -Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012. - Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010. Peruntukan rancakkan pembangunan Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju. Kereta hibrid Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013. RM1 bilion untuk sekolah Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara. Felda Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global. RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih. Yuran sekolah Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan. Pencen 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus. Kakitangan awam Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun. Polis RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan. Keluarga tentera RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang. Subsidi Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen. Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.