Blogger Layouts

Oct 12, 2011

bajet = senyum tak perlu kata apa-apa....

Bajet 2012 = bajet untuk rakyat terbaik punyaaaaa!!!!
Isu Bajet 2012 masih lagi hangat diperdebatkan macam pisang goreng panas. Tidak kira di mana jua lokasi, di kedai kopi, kantin opis, shoping kompleks, dalam bas, tren dan sebagainya memang tak sah kalau tak bercerita pasal bajet ni. Belanjawan 2012 sememangnya amat ditunggu selepas beberapa spekulasi yang menyatakan adanya Kenaikan Gaji Kakitangan Awam atau Bonus Kakitangan Awam 2012. Selepas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak semua pihak berpuas hati terhadap semua yang di terima oleh rakyat lebih-lebih lagi memberi manfaat yang merangkumi semua peringkat umur..... Antara isi kandungan bajet 2012 dalam pembentangan belanjawan 2012 (07 Oktober 2011) Jumlah bajet - RM232.8 bilion Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion - Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion. - Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan. -Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012. - Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010. Peruntukan rancakkan pembangunan Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju. Kereta hibrid Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013. RM1 bilion untuk sekolah Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara. Felda Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global. RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih. Yuran sekolah Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan. Pencen 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus. Kakitangan awam Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun. Polis RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan. Keluarga tentera RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang. Subsidi Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen. Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

No comments:

Post a Comment